Tuesday, March 13, 2012

Imani Zara.

Hello peeps ! How ya doin ? :D 
 “ Imani!! Kek kau dah siap tu.” Pekik ibu kepadaku. “Ya bu Iman dengar. Sekejap ya.” Aku yang sedang menyidai baju diluar berlari-lari anak untuk mendapatkan kek yang sudah siap. ‘Hammp! Wanginya kek aku ni’ detikku dalam hati. Aku memang suka buat kek dan impianku ingin membuka bakery suatu hari nanti. Selain buat kek aku juga suka memasak jika ibu sibuk akulah yang mengantikan ibu untuk memasak dirumah. Nak harap kakakku Lily? Mati kebulurlah jawabnya! He he he. “Apa yang kau tenungkan tu Iman? Nasib tak hangus kek tu.” “Eh kakak! Ya Allah terkejut Iman. Bagilah salam kea pa. Main terjah aja!” “Hahaha kau tu yang termenung jauh apa yang kau fikir ntah! Aku lapar ni. Kau masak tak?” “Ish balik tahu order je. Pergi tengok dalam tudung saji sana!” Cebikku pada kakak Imani Lily. “Kau tak habis-habis dengan lauk udang kau ni. Takde lauk lain ke?” “Eh kalau tak suka tak payah makan! Tahu complain aja!” “Alololo aku gurau aja yang kau marah sangat ni kenapa? Bendera merah?” Hahaha.. berdekah-dekah Lily ketawakan aku. Dia memang suka mengusikku dari kecil sampai nak masuk kealam perkahwinan lagi! “Kamu ni Lily kalau tak usik Iman tak bolehkan? Sudah! Pergi mandi dan solat!” celah ibu yang ntah dari mana datangnya. ‘Padan muka kakak!’ bisikku dalam hati sambil menjelirkan lidah kepadanya. “Ouh ejek aku ya! Siap kau Iman!” yang berlalu pergi ke biliknya selepas dimarahi ibu. “Iman lama lagi kau nak siapkan kek tu? Jangan termenung saja!” bebel ibu kepadaku. “Sikit lagi bu. Lepas ni nak solat.” Usai solat mahgrib makanan sedap sudah terhidang, kek yang dibuat tadi sudah dihias cantik oleh Imani Zara dan juga ibunya. Harini hari lahir adik lelakinya Megat Harith yang berusia 17tahun. Harith anak bongsu daripada tiga beradik dan belajar di SMK Cochrane Perkasa. “Mana baba kamu ni? Tak balik-balik!” bebel ibu kepada kami sambil mendail nombor baba. Trutt..trrutt.. “Salam baba kat mana? Sudah ambil Harith? Semua sudah terhidang ni. Tunggu baba dan Harith saja. Baba dah solat?” Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut ibu. Dah macam polis! “Ya Zah, kami dah singgah solat dekat masjid tadi. Kami on the way ke rumah. Sabar ya!” tenang sahaja baba jawab. Ya baba seorang yang cool and steady, kami adik beradik senang dengan sikap baba cuma ibu sahaja yang suka membebel. Tidak sampai setengah jam selepas ibu menelefon baba kedengaran kereta baba sedang memasuki garaj. “Haa! Baba dan Harith dah sampai! Lily! Iman! Cepat sedia!” bisik ibu yang begitu gembira dengan kepulangan hero kami dan ibu juga suka membuat kejutan apabila ada event hari jadi! Lampu yang telah ditutup menaikkan lagi mood surprise yang ingin kami kejutkan kepada birthday boy kami iaitu Megat Harith! “Assalamualaikum ibu! Tiada orang ke baba??” kata Harith kepada Megat Rizal yang penuh tanda Tanya. Tiba-tiba… “Surprise!!!” Jerit kami serentak. Aku yang berada dekat dengan suiz lampu memetik suiz lampu. Dengan penuh kegembiraan kami semua menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Harith. “Happy birthday to you! Happy birthday Megat Harith! Happy birthday to yooouuuuu!!” Harith yang terkejut tiba-tiba berubah wajah gembira dan menguntumkan senyuman yang tidak lekang dari bibir nipisnya itu. “Semoga panjang umur nak!” Kata sambil memeluk Harith dan Harith membalas dengan ciuman didahi ibu. Baba yang bersebelahan dengan ibu hanya memandang dan mengusap kepala anak terunanya. “ Yeayyy adik kakak dah besar!!” Kata Lily dengan penuh gembira. “Cepatlah tiup kek tu penat angah buat tau!” cebikku pada Harith. “Okay angah! Thanks!” Fuhhh.. Harith meniup lilin pada sebuah kek coklat kegemarannya lalu memeluk dan mencium dahi Imani Zara. “Sayang kakak! Thanks. Sedap ingat lupa dah birthday adik! Heee.” Sengih Harith sambil menyuapkan kek kedalam mulutnya. “Hai Iman je? Ibu, Baba, Along tak sayang?!” Celah ibu yang melihat gelagat kami adik-beradik. “Yelah ibu baba mentang-mentang Iman buat kek dia sayang Iman sorang saja! Merajuklah camni!” Kami terus tergelak mendengar kata-kata Lily. “Kamu pemalas mana dia nak sayang.” Celah baba yang mula menceduk spaghetti meatball yang dimasak oleh ibu. “Eh along pun tolong Iman tadi apa. Haaa!” “Okay sudah Harith sayang semua! Baba, Ibu, Along dan Angah. Terima kasih sebab ingat birthday Harith!” Luah Harith yang sengih melihat gelagat Lily lalu dia menghadiahkan sebuah ciuman didahi Lily. Kami semua menjamu selera. Selepas itu upacara memberi dan membuka hadiah akan dilakukan selepas Harith dan baba membersihkan badan mereka selepas seharian berkerja dan berlajar.