Hello peeps ! How ya doin ? :D
“QHALIF! QHALIF!” jerit Saffiyah yang berpeluh-peluh seperti sedang berlari marathon. Bingkas Saffiyah bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. ‘Ouh mimpi rupanya. Tapi kenapa mimpi dia ni.’ Bisiknya dalam hati. Tanpa berlengah dia memulas paip air.
Jikaku tuliskan sepucuk surat cinta
Oh bagimu..
Mungkinkah ia mampu mengubah fikiranmu
Tentang diriku yang setia menanti.....
“SAFFI! Amboi cepat sikit mandi tu. Nanyilah nanti kawen dengan org tua baru tau!” jerit Puan Suraya baru pulang dari berjumpa kawan.
“Awak tu anak dara mana elok mandi sambil menyanyi” bebel Puan Suraya.
“Yelah bu.” Jawabnya pendek. Malas nak melawan nanti lagi lamalah radio bergerak tu bunyi. ‘Baru nak layan lagu Angkasa. Potong ah ibu ni!’ luahnya seorang diri.
“Haa. Ibu dengar ni. Kutuk ibu ya ibu sumpah nanti haa. Nak jadi peti ais ke kereta? Haa cakap.” Teriak Puan Suraya. Kedengaran seperti orang mengilai ketawa.
“ Hahaha. Maaf bu. Saffi nak jadi burung boleh bu? Nak terbang bebas.” Balasnya sambil membuka pintu bilik air. Sisa sisa ketawa masih ada.
“ Betuah punya anak!” belum sempat Puan Suraya mencampakkan surat khabar Saffiyah terus berlari memasuki kamarnya. ‘Fuh! Nasib sempat.’ Dengan pantas dia mencapai baju tidurnya. Dia mengambil sejadah dan telekung di dalam almari. Sejadah siap dibentang. Lalu dia menunaikan solat mahgrib sebagaimana perintah Allah S.W.T
Saffiyah diduduk di birai katil. ‘Kenapa aku mimpi Qhalif?’ detik hatinya. Dari petang tadi dia tertanya-tanya tentang mimpinya. Dia bangun dan melangkah ke meja soleknya, lalu dibuka pintu lacinya di ambil sebuah kotak kayu yang dihiasi ukiran seni. Dengan perlahan dia mengeluarkan beberapa keping gambar. Dia mengamati wajah ceria pasangan dalam gambar tersebut. Tanpa disedarinya air mata mencurah keluar dengan lebatnya. Gambar yang dipegangnya gambar semasa dia hangat bercinta dengan Qhalif, bekas buah hatinya. Lalu fikirannya mengimbau kembali kenangan terindah mereka.
2 september 2008
“Zul, kau Nampak Qhalif tak? Dia datang kerja tak? Aku call dia tak pick up pun!” luah Saffiyah cemas. “Qis, Qhalif dah tiga hari tak datang kerja. Boss aku dah mengamuk dah. Tapi tadi boss aku dapat surat berhenti kerja dari Qhalif. Kau tak tahu?” jawabnya penuh tenang. “Okay thanks Zul.” Jawabku ringkas lalu dimatikan talian. Tiga hari tak datang kerja dan tiga hari jugaklah aku tak jumpa dia selepas.....
“B, do you love me?” duga Saffiyah. “Of course i love you honey. Why?” jawab Qhalif pelik dengan soalan Saffiyah. “Almost one year I’m with you can’t you see?” tambahnya lagi.
Saffiyah tersenyum dengan luahan buah hati kesayangannya. Terasa riang seluruh jiwa raganya dengan pengakuan Qhalif, saja dia menduga kerana mahu bermanja-manja dengan Qhalif. “Please don’t leave me. I tak boleh hidup tanpa you b.” Luahnya sambil memeluk pinggang Qhalif dari belakang. Qhalif memusingkan badannya. Dia menatap wajah Saffiyah yang putih gebu, bibir mungil sungguh mengugat jiwa lelakinya. Di tepis akal nakalnya walaupun nafsunya bergelora melihat Saffiyah malam itu. Saffiyah yang memakai dress paras peha berwarna merah sangat menggodanya.
“I’m always with you. I will never leave you. Sumpah!” jawabnya tenang sambil mengangkat telapak tangannya. “I pegang sumpah you b. Kalau you tinggalkan I, I sanggup mati b....” belum sempat Saffiyah meyambung kata-katanya dengan pantas Qhalif mengucup bibir mungil Saffiyah. Dia terpanar. Sungguh pun terkejut dia juga membalas kucupan Qhalif. Mereka seperti berada di awang-awangan. ‘Aku sanggup memberikan mahkotaku kepadamu Qhalif jika itu yang melambangkan cinta sejatiku’ bicara hati Saffiyah. Mereka asyik dengan dunia mereka sehingga lupa pada Allah S.W.T. Malam itu bersaksikan bulan dan bintang mereka lemas dengan nafsu yang semakin berkocak. Dengan sekelip mata mahkota yang harus dipertahankannya hilang di tangan seorang lelaki yang bukan halal buatnya iaitu Wan Qhalif.
B, please pick up the phone. We need to talk. Please..
Pesanan ringas yang dihantarnya selepas beberapa kali menelefon Qhalif tetapi suara perempuan yang tak di undangnya yang menjawab. ‘Ishh nombor yang anda dail.. nombor yang anda dail.. hempuk kang! Aku nak cakap ngn Qhalif lah!’ Bentak hatinya. Selepas peristiwa malam keramat itu Saffiyah tidak dapat menghubungi Qhalif. Dengan tiba-tiba Qhalif menghilangkan diri seperti mahu mempermainkannya. Dia yang diselubungi dengan dosa semalam mahu menyampaikan niat hatinya untuk meminta Qhalif mengahwininya. Walaupun usianya baru 17tahun! Masih muda dan mahu mengambil SPM. Dia tidak keruan memikirkan mahkotanya yang telah hilang. Fikiran negatifnya muncul. Dia takut akan berlaku perkara yang tak di ingininya iaitu mengandung. Pelbagai masalah pasti akan muncul.
“Hello! Angah oh angah!” jerit Anna dengan ketukkan pintu yang bertalu-talu. Dia yang kembali sedar dari lamunannya terkejut. ‘Subhanallah.. buat apa aku ingat lagi benda tu!’ bisik hati kecilnya. Lalu dia menyimpan kotak kayu di laci meja solek. Dia membetulkan rambutnya dan membuka pintu kamarnya. “Oii! Yang kau ketuk macam nak pecah pintu aku ni apahal?” Tengkingnya pada Anna adik bongsunya. “Weii dari tadi orang ketuk panggil macam nak mati. Angah yang tak dengar! Ibu panggil makanlah!” balas Anna dan menarik muka masam. Anna berlalu pergi sungguh sakit hatinya di tengking Saffiyah bukan niatnya mahu mengetuk sebegitu rupa tetapi risau akan Saffiyah yang masih berdiam tanpa menyahut panggilannya.
“Ni dah kenapa muka masam?” Soal Puan Suraya. “Angah tu! Marah adik bu.” Jawabnya nada yang sedih dan manja. “Mana angah? Turun tak?” Tanya Puan Suraya. “Ntah!” pendek jawabnya lalu di suap nasi kedalam mulut malas mahu berbicara lagi. Saffiyah menarik kerusi dan menceduk makanan tanpa meminta maaf pada Anna walaupun dia sedar dia salah menegking Anna, kelakuannya seperti orang yang tiada perasaan. Puan Suraya hanya memandang kedua-dua anak perempuannya. Suasana di ruang makan sunyi sepi.
No comments:
Post a Comment