Sunday, November 7, 2010

Check this out dude !

20 Perkara Gadis Tak Sempat Beritahu Lelaki .

Wahai kaum Adam. Sila buka mata, hati dan telinga kamu luas-luas untuk mengetahui apakah perkara yang tidak sempat diberitahu oleh si gadis kepada kamu . Opss, bukan untuk menghukum kaum lelaki, tetapi hanya berpesan supaya kamu menjaga wanita dengan baik.

1. Bila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamumenegur dengan ucapan maaf.

3. Gadis sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. Tetapi, sebab itu ramai gadis yang patah hati bila hubungan terputus di tengah jalan.

4. Sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti aiskrim !

6. Gadis memang sukakan pujiantetapi tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut! jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri gadis yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Muzik, lukisan dan penulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Gadis suka meluahkan apa yang mereka rasa.

10. Jangan sesekali beritahu si gadis yang mereka ni lansung tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood gadis.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positive, misalnya menghubunginya melalui talefon. Si gadis akan bersikap acuh takl acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut!

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti pada para gadis. Jadi jangan senyum sebarangan!

14. Jika kamu menyukai seorang gadis, cubalah mulakan sengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. kamu ada can!

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dia rasakannya. Tanya dia sendiri!


18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya "kenapa aku tak jumpa lelaki ini dengan lebih awal."

19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan untuk menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar benda pertama yang dia cari ialah buah hatinya atau 'secret admirer'nya. kemudian barulah dirinya sendiri.

P/s : okay to all men out there ! Please take this serious okay ? and try too understand your beloved one :) Azqil for you to :P HAHAHA.

No comments: